Part 2: ISEM

13:53:00

As salam,

Ok disebabkan aku rasa mood aku baik so aku sambung entry tertangguh ni. Maaf bagi yang menunggu. Weih! Sabar tu sebahagian dari iman. Hahaha

Kalau yang follow insta or facebook aku mesti tau kejutan yang aku buat. Actually perjalanan ISEM aku diuji lewat seminggu. Kiranya aku terlepas la minggu welcoming week. Bapak sedih aku time tu. Aku mati-mati ingat aku dah tak de rezeki. Sampai malas and malu nak jawab soalan, weih bila fly? Asal ko kat sini lagi?, ingat dah fly. *maaf pada yang wassap tapi tak reply. Hehe, emo lebih time ni.

22.09.2016

Jalan-jalan tanpa tujuan, acah pegi cari bag la ape la. Nasib si ain layankan je, even dia baru sampai Johor masa ni. Self treat kononnya, beli aiskrim , gossiping and bla bla. Dari pagi weih aku bejalan. Yang lagi best, Fathan kata dia tengah tunggu kat train station sambil tunggu embassy reply email. Elok je aku sampai UNIKL unpack barang ain and tumpang charge phone, tegerak nak tengok email. Ainnnnn.. Ainnnnn orang nak call Fathan sekarang. Kiteorang dah dapat Visa! Selesai adegan peluk-peluk yang terbayang masa tu ayah aku kat sabah dan sir. Lepas call Fathan, aku call sir dengan niat before fly nak jumpa sir. Eceh.

Dari pagi keluar pagi jugak aku balik rumah, padah last minit packing, deal dengan cousin aku untuk hantar ke airport, beli ubat, beli flight tiket, tukar duit. Dah macam apa dah haritu. Belemuih tak usah nak kata. Aku dan Fathan decide beli tiket on the spot dengan tarikh collect visa since kiteorang dah lambat one week dan next Monday dah start class. Sumpah macam sesumpah aku time tu. Mana nak pack, mana nak beli tiket. Semua urus sendiri.



23.09.2016

Tido pukul 3 pagi, bangun 6 pagi. Menggelabah itik time ni, aku nak kena drive ke kuala lumpur before subuh konon nak elak jammed hari jumaat. Jangan tanya aku penat tak, aku cuma fikir nak tido dalam flight. Aku drive macam nampak tenang tapi tengok meter jejak jugak 130-150km. Abang sepupu yang kononnya drive , elok je pandu diri dia sampai german dulu. Bangun bila kat RnR je. Haha

Ambil visa, masalah lain pula tiba. Aku tak dapat download handy ticket. Banyak kali download , Turkish Airlines tak bagi pun kod by sms. Becinta gila time ni, dah la jammed telambat sampai airport. Blank! Nasib boleh self check in kat kiosk. Time ni rasa bedebar, eh eh betul ke ni. Segan pun ada.. Ramai gila keluarga aku anta, atuk pun datang jauh-jauh ,ayah and pak cik aku sanggup ambil flight mahal sebab beli tiket last minute, teharu. Tak sedih tapi segan sebab ala malu la bukan pegi setahun. Ekh bestfriend aku pun ada! Perasaan neves pun ada, sebab aku TAK KENAL Fathan. *next entry travel with stranger.hehe





Sesi melambai dan bermula perjalanan ISEM dan travel with stranger.

p/s: nasihat aku kalau yang interest study kat Germany, buat visa awal. Aku nak minta maaf pada semua, bukan tak nak bagitau aku fly. Aku pun fly macam bidan terjun. Doakan aku.

You Might Also Like

0 readers

Subscribe